Tuesday, July 6, 2010

sebab tuh tak boleh jadi pemimpin jika ikut islam nabi... mudah emosi.

Guna air mata perdaya wanita RM10,000


2010/07/07
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TAMPIN: Linangan air mata seorang lelaki warga Indonesia berjaya mencairkan hati Ketua Pergerakan Wanita Umno sebuah cawangan di daerah ini sehingga menyebabkan mangsa terpedaya dan kerugian hampir RM10,000, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 40-an itu dikatakan ‘mempertaruhkan’ air mata dengan memberitahu memerlukan wang segera untuk pulang ke kampung halamannya bagi mengunjungi ibunya yang tenat.


Lelaki itu menawarkan tiket hadiah nombor loteri yang dimenangi bernilai RM96,000 dan memberi alasan tidak dapat menuntutnya memandangkan bukan warganegara dan meminta mangsa menyerahkan RM10,000 sebagai pertukaran untuk mendapatkan tiket berkenaan.


Mangsa berusia lingkungan 40-an yang terpedaya dengan lakonan licik lelaki itu menyerahkan barang kemas dipakainya.


Suami mangsa yang ingin dikenali sebagai Abang Din berkata, kejadian berlaku ketika isterinya yang sedang berjalan di kaki lima kedai di tengah bandar ini tiba-tiba didatangi seorang lelaki warga Indonesia yang berlinangan air mata.


“Lelaki itu mendakwa terpaksa pulang segera ke Indonesia kerana ibunya tenat tetapi tiada wang. Dia kemudian menunjukkan tiket loteri yang kononnya dimenanginya bernilai kira-kira RM96,000.


“Bagi meyakinkan isteri saya, lelaki itu turut menunjukkan keratan akhbar yang menunjukkan dia memenangi cabutan berkenaan,” katanya di sini, semalam.


Katanya, lelaki itu mendakwa tidak boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara dan pada masa sama merayu meminta bantuan RM10,000 dengan menawarkan tiket loteri dimenanginya itu sebagai ganti.


Katanya, lelaki itu hanya meminta RM10,000 manakala hadiah dimenanginya adalah RM96,000 dan bersedia mendermakan baki kepada isterinya.


“Termakan pujuk rayu lelaki itu, isteri saya menyerahkan barang kemas dan memberi buku simpanan bank kepada penjenayah berkenaan, dipercayai dalam keadaan terpukau.


“Pada masa sama, tiba-tiba datang tiga lelaki lain bertanyakan apa yang berlaku dan sebaik mendengar cerita berkenaan, seorang daripada mereka bersetuju memberi bantuan sementara RM3,000 kepada lelaki Indonesia itu.

“Lelaki itu kemudian mengikut isteri saya dan menunggu di luar premis perjudian, kononnya untuk mengambil wangnya semula daripada isteri saya,” katanya.


Katanya, setiba di kaunter premis pertaruhan, isterinya hampir pengsan apabila petugas syarikat berkenaan memaklumkan tiket itu palsu kerana diubah suai.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Suprintendan Wooi Kooi Cheang, menasihatkan orang ramai terutamanya umat Islam di daerah ini supaya tidak tertipu pujuk rayu sindiket menukarkan tiket pertaruhan didakwa dimenangi mereka dengan hadiah ribuan ringgit.

No comments:

Post a Comment