Saturday, January 8, 2011

akhir zaman, isteri lak bodoh p bantai laki...

Lelaki mahu nikah lagi dipukul 2 isteri


2011/01/09

‘Penyerang’ tuduh suami rahsia perkahwinan

ISLAMABAD: Seorang lelaki Pakistan yang mengamalkan poligami dipukul dua isterinya selepas mendapat tahu dia merancang berkahwin lagi, termasuk mahu mengambil isteri ke-5.

Kejadian itu berlaku ketika lelaki itu, Mian Ishaq menghadiri majlis perkahwinan bersama isteri ketiganya, Fauzia dan secara kebetulan dirakam krew beberapa stesen televisyen.
Kedua-dua isteri Mian meluru ke arahnya dan menuduh beliau berkahwin secara rahsia untuk kali keempat dan bercadang menambah bilangan isteri menjadikannya lima orang.
Kedua-dua wanita terbabit, Mehvish dan Uzma mengamuk dan membalikkan meja pada majlis perkahwinan itu dan memukul Mian dengan kasut dan berhenti selepas polis campur tangan.

“Kami tahu dia cuba berkahwin kali kelima dan dia sepatutnya malu dengan perbuatannya.

Kami tidak boleh bertolak-ansur lagi dengan perbuatannya.

“Malah, dia sewajarnya menerima balasan yang lebih teruk daripada apa yang kami buat,” kata Uzma.
Beberapa saluran televisyen tempatan kemudian menyiarkan kejadian itu.

Bagaimanapun, bukan sesuatu yang luar biasa seorang lelaki mempunyai lebih satu isteri di Pakistan.

Mian yang juga pemilik kilang sabun menafikan dakwaan dua isterinya.

“Mereka yang mencarikan saya seorang isteri dan sekarang cuba memberitahu masyarakat bahawa saya mahu berkahwin sekali lagi dan untuk kali ke-5.

“Ini adalah penipuan semata-mata. Saya berani bersumpah dalam hidup saya hanya ada tiga isteri dan ini tidak melanggar ajaran Islam,” katanya.

Kejadian itu menjadi lebih teruk apabila kedua-dua isteri Mian kini dalam proses mendapatkan perceraian.

Pegawai polis kemudian menahan Mian. Bagaimanapun, mengikut laporan Mian berjaya menunjukkan sijil pernikahan semua perkahwinannya.

Malah, polis juga gagal mendapatkan bukti bahawa Mian berkahwin lima kali. – Agensi