Tuesday, July 6, 2010

hak lelaki apa kes pulok? dasar akhir zaman toi!

Hak kanak-kanak, wanita makin terjamin
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

2010/07/07
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Hak semua golongan orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak dan wanita di negara ini semakin terjamin melalui komitmen kerajaan untuk menggunakan pakai beberapa artikel yang sebelum ini sudah dirizab mengikut kesesuaian masa.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) , Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, langkah itu seiring dengan hala tuju Malaysia untuk menjadi negara maju selain memastikan setiap anggota masyarakatnya dapat berkembang sebaik mungkin.


Beliau berkata, tindakan itu juga antara lain bagi menyemai rasa hormat, berdikari, penyertaan penuh masyarakat, menerima ketidakupayaan seseorang sebagai sebahagian manusia sejagat, kesamaan peluang, menyediakan ruang untuk kanak-kanak menunjukkan potensi sebenar serta menyediakan persekitaran kondusif untuk wanita berkembang.


“Langkah ini bagi menjayakan kumpulan sasar dan kerajaan amat serius untuk menjayakan semua artikel. Kita tidak akan pandang ke belakang lagi,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.


Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani Ratifikasi Konvensyen Mengenai Hak OKU, Penarikan Balik Reservasi Ke Atas Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (Cedaw) dengan disaksikan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Richard Riot.


Seiring itu, Shahrizat mengesahkan kerajaan menarik balik rizab terhadap Artikel 13 CRC iaitu hak kebebasan bersuara kanak-kanak dan Artikel 15 CRC iaitu hak untuk kanak-kanak berpersatuan dan berhimpun secara aman, sekali gus memberi ruang kepada golongan itu untuk mengembangkan potensi diri selain menyumbang idea berhubung hak serta kepentingan mereka.

No comments:

Post a Comment