Monday, July 19, 2010

peduli amat, yang pasti dia bodoh dalam kehidupan...

Luna Maya siswi pintar di universiti


2010/07/19

JAKARTA: Bintang iklan dan juga pengacara Luna Maya yang terbabit dalam skandal video panas bersama kekasihnya, bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel dilaporkan dikenali sebagai mahasiswa yang cerdas ketika mengikuti pengajian di Fakulti Undang-undang Universitas Langlang Buana, Bandung.

“Luna Maya sangat aktif ketika kuliah dan pintar. Jika mahasiswa lain lebih cenderung untuk diam dan tidak mengutarakan pendapat mereka ketika perbincangan, Luna Maya tidak begitu. Dia sangat aktif sekali,” kata Dekan Fakulti Undang-Undang Universitas Langlang Buana, Bandung, Atma Suganda yang disiarkan melalui inilah.com.
Atma berkata, selain menjadi dekan, beliau turut mengajar Luna Maya bagi subjek Undang-Undang Tata Negara.
Click Here
“Semangatnya amat kuat untuk menghadiri kuliah, walaupun beliau dari Jakarta dan kelasnya pada sebelah petang, beliau tetap bersemangat untuk belajar,” katanya.

Luna mahasiswa semester kelima Fakulti Undang-undang Universitas Langlang Buana Bandung. Kali terakhir Luna Maya mengikuti kelasnya di kampus universiti berkenaan adalah pada 17 Mei 2010.

“Ketika itu beliau ada mempraktikkan Sidang Semu dan ia dilakukan di kampus. Selepas itu kami tidak lagi melihatnya sejak tersebarnya kes video porno beliau,” katanya.

Luna Maya bersama Cut Tari didakwa sebagai suspek dalam kes video porno yang membabitkan penyanyi, Ariel. Kedua-dua mereka berhadapan dengan dakwaan di bawah Undang-Undang Pornografi. – Agensi

No comments:

Post a Comment