Wednesday, December 8, 2010

solar?

Saudi mahu jadi kuasa pengeluar tenaga nuklear

RIYADH: Arab Saudi merancang menjadi sebuah kuasa pengeluar tenaga nuklear dalam masa 10 tahun akan datang.

Setausaha Rendah Perdagangan Amerika Syarikat, Francisco memberitahu demikian selepas berunding dengan pegawai Saudi, semalam.


Riyadh sudah mula bergerak ke arah tenaga nuklear untuk menggantikan penggunaan minyak dan gas asli dalam industri tenaganya.

Negara itu menandatangani perjanjian kerjasama mengenai teknologi nuklear awam dengan Amerika Syarikat pada 2008 dan sudah mengadakan rundingan dengan Perancis dan Russia tahun lalu mengenai perjanjian serupa.



April lalu, pihak berkuasa Saudi mengumumkan rancangan membina Bandar Raya Raja Abdullah Untuk Nuklear dan Tenaga Guna Semula bagi menguatkan lagi langkahnya ke arah mempelbagaikan sumber tenaga selain minyak. - AFP

No comments:

Post a Comment