Wednesday, December 15, 2010

bukan RAMALAN tetapi kemungkinan besar PERANCANGAN jew jahat so better get ready for it eg Nuklear Bom Roket = NiBiRu...

Usah percaya dunia kiamat 2012
Oleh Faridzwan Abdul Ghafar

2010/12/16
Mufti ingatkan umat Islam jangan taksub mitos Planet Nibiru

KUALA LUMPUR: Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid mengingatkan umat Islam agar tidak mempercayai kewujudan Planet Nibiru dan ramalan kiamat akan berlaku apabila planet itu melanggar bumi pada 2012.

Katanya, umat Islam wajib mempercayai kedatangan hari kiamat adalah ketentuan Allah SWT dan bukannya ramalan tukang tilik.
“Hari kiamat dan bumi musnah pasti akan berlaku seperti dijelaskan al-Quran dan Rasulullah SAW, jadi usah fikirkan bila ia akan berlaku.
“Soal masa hari itu tiba, hanya Allah SWT mengetahui dan sebagai orang beriman, kita harus mempersiapkan diri dengan amalan untuk bekalan di akhirat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan agensi angkasa antarabangsa lain termasuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat menafikan kewujudan Planet Nibiru kerana tiada bukti saintifik mengenainya.

Ketua Unit Penyelidikan Sains ANGKASA, Mohd Fairos Asillam menyokong kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili di Dewan Negara, kelmarin mengenai dakwaan bahawa Planet Nibiru akan melanggar bumi pada 2012 tidak benar.

Ramalan ahli falsafah Perancis, Nostradamus pada abad ke-16 mendakwa, kiamat akan berlaku apabila Planet Nibiru melanggar bumi menjadi perbincangan hangat orang ramai melalui internet sejak tahun lalu.
Apabila perlanggaran berkenaan tidak berlaku pada 2003 seperti yang diramalkan Nostradamus, ia kemudian ditukarkan kepada 2012 berpandukan kalendar kaum Mayan di Amerika Tengah sebelum Masihi yang mana tarikh kalendar kaum terbabit berakhir pada 21 Disember 2012

Tuesday, December 14, 2010

Nuklear Bom Roket = NiBiRu?

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Wednesday, December 8, 2010

belajar dari iraq...

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

solar?

Saudi mahu jadi kuasa pengeluar tenaga nuklear

RIYADH: Arab Saudi merancang menjadi sebuah kuasa pengeluar tenaga nuklear dalam masa 10 tahun akan datang.

Setausaha Rendah Perdagangan Amerika Syarikat, Francisco memberitahu demikian selepas berunding dengan pegawai Saudi, semalam.


Riyadh sudah mula bergerak ke arah tenaga nuklear untuk menggantikan penggunaan minyak dan gas asli dalam industri tenaganya.

Negara itu menandatangani perjanjian kerjasama mengenai teknologi nuklear awam dengan Amerika Syarikat pada 2008 dan sudah mengadakan rundingan dengan Perancis dan Russia tahun lalu mengenai perjanjian serupa.



April lalu, pihak berkuasa Saudi mengumumkan rancangan membina Bandar Raya Raja Abdullah Untuk Nuklear dan Tenaga Guna Semula bagi menguatkan lagi langkahnya ke arah mempelbagaikan sumber tenaga selain minyak. - AFP

Friday, November 26, 2010

pd3 semakin hampir...

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

Saturday, November 13, 2010

VISIT MY YEAR 2012?

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/11/14/nation/7414963&sec=nation